Wednesday, 7 May 2014

✭ MENJAWAB SERUAN AZAN

Dari Abu Said Al-Khudri R.a, bahawa Rasulullah S.a.w bersabda: "Apabila kamu mendengar seruan Azan, maka jawablah sebagaimana yang disebut oleh bilal (penyeru Azan) itu."
(Hadis Sahih- Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari hadis ini dapat difaham bahawa apabila kita mendengar seruan azan, hendaklah mendengarnya dengan penuh adab tertib dan khusyuk kerana kandungannya yang menegaskan keesaan dan kebesaran Allah Ta'ala serta kebenaran rasul-Nya, Nabi Muhammad S.a.w. Juga kerana seruan itu mengajaknya beribadat untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.

Dalam Al- Quran disebutkan perihal "Azan" seperti berikut:
"Wahai orang- orang yang beriman, apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu)..."
(Surah Al- Jumuah, ayat 9)
Diterangkan lagi mengenai "Azan" secara umum:
"dan apabila kamu menyerukan (seruan azan) untuk mengerjakan sembahyang, mereka (musuh Islam) menjadikan (seruan Azan dan) sembahyang itu sebagai ejekan- ejekan dan permainan..."
(Surah Al- Maidah, ayat 58)

✭ AMAL KE SYURGA MENJAUHI NERAKA

Dari Muaz Bin Jabal R.a, katanya: aku ada bersama- sama dengan Nabi Muhammad S.a.w dalam salah satu pelayaran maka pada suatu hari aku dapat berdamping dengannya semasa kami meneruskan perjalanan; aku pun bertanya dengan berkata : "Ya Rasulullah, beritahu kepada saya sesuatu amal yang menyebabkan saya masuk syurga dan menjauhkan saya daripada api neraka." Rasulullah S.a.w menjawab: "Sesungguhnya engkau wahai Muaz telah bertanya kepadaku mengenai suatu perkara yang besar, dan sebenarnya perkara itu adalah mudah bagi orang yang telah dimudahkan Allah untuk mencapainya; (amal bakti yang engkau tanyakan itu ialah): beribadatlah kepada Allah dan janganlah engkau berlaku syirik kepada-Nya dengan sesuatu yang lain (sebagaimana yang tersimpul dalam dua kalimah Syahadat), dan dirikanlah sembahyang, berilah zakat, berpuasalah pada bulan Ramadhan, dan kerjakanlah haji." Kemudian Rasulullah S.a.w menerangkan lagi:" Mahukah aku tunjukkan kepadamu pintu- pintu kebajikan? Berpuasa (yang fardhu dan yang sunat) ialah pendinding (dari azab neraka), dan sedekah itu pula memadamkan dosa sebagaimana air memadami api, dan (demikian juga) sembahyang yang dikerjakan oleh seseorang pada waktu jauh malam." Kata Muaz lagi: kemudian Rasulullah S.a.w membaca (ayat- ayat suci): " تتجافى جنوبهم عن المضاجع " hingga sampai kepada "يعملون ". Kemudian Rasulullah S.a.w bersabda:" Mahukah aku nyatakan kepadamu mengenai kepala atau asas agama keseluruhannya, dan tiangnya serta kemuncaknya?".  "aku menjawab:"mahu (terangkan perkara itu) ya Rasulullah!". Rasulullah S.a.w bersabda: "Kepala atau asas agama (yang aku bawa) itu ialah (melafazkan dua kalimah syahadat yang mengesahkan) Islam, tiangnya ialah sembahyang, dan kemuncaknya pula ialah berjihad pada jalan Allah". Kemudian Rasulullah S.a.w bersabda lagi:" Mahukah aku nyatakan kepadamu mengenai perkara yang menjadi teras (atau yang dengan sebabnya dapat memiliki) semuanya itu?" Aku menjawab:" Mahu Ya Nabi Allah!" Rasulullah S.a.w pun memegang (hujung) lidahnya, lalu bersabda:" Jagalah (lidah) ini daripada menyebabkan engkau ditimpa sesuatu yang tidak diingini".
 Aku pun bertanya:" Ya Nabi Allah, adakah kami akan dikira bersalah dan dihukum, disebabkan apa yang kami tuturkan?". Rasulullah S.a.w bersabda:" (Kalau perkara yang nyata ini engkau tidak juga mengetahuinya), lebih baik sahaja engkau mati wahai Muaz, bukankah yang menjerumuskan manusia ke dalam neraka di atas mukanya atau di atas hidungnya ialah hasil angkara lidahnya?".
(Hadis Hasan Sahih- Riwayat Tirmizi)
 

✭ KEADAAN SYURGA DAN PENGHUNINYA


• batu-batanya daripada perak dan emas.

• Simennya daripada misik (sejenis wangian paling baik dan minyak wangi)
• Batu-batunya daripada permata dan yakut.

• Tanahnya daripada za'faran (safron)
• Penghuninya berasa penuh nikmat dan tiada putus asa.
• Mereka kekal berada di dalamnya dan tidak akan mati.
• Pakaian mereka tidak kotor.
• Mereka di dalamnya juga tidak akan menjadi tua.
(Petikan hadis Nabi SAW riwayat At-Tarmizi)

✭ KESABARAN SEORANG PEREMPUAN YANG DIRASUK


Ata’ bin Abi rabah berkata, Ibnu Abbas r.a telah bertanya kepadanya, “Mahukah aku tunjukkan kepada engkau seorang perempuan ahli syurga ?” Jawab Ata, “Bahkan, siapakah perempuan itu ?” Ibnu Abbas berkata, “Perempuan hitam itu telah menemui Rasulullah s.a.w mengadu ia telah dirasuk.”

Sabda Rasulullah s.a.w kepada perempuan itu, “Jika engkau tahan dan sanggup bersabar maka syurga bagimu, sekiranya engkau tidak tahan dan tidak sanggup bersabar aku akan mendoakan engkau supaya engkau pulih segar.”

Jawab perempuan itu, “Aku tahan dan sanggup bersabar (maka baginya syurga)”

Sekian tercatit dalam kitab sahih Bukhari dan Muslim. Dari sini dapatlah kita satu keterangan, bahawa penyakit sarak atau rasukan bukanlah ia sesuatu yang baru tetapi telah diketahui sejak zaman berzaman dari zaman Nabi dan sahabat.

Wallahu a'lam..

✭ LIRIK NASYID: AJIBTU

Ho...ho....ha...ha.....

Analhu wa ayyamuna tadzhabu

(#*)
Wa nal'abu wal mautulaa yal'abu
A'jibtu lizhi la'ibin qadhlahaa
A'jibtu wa maaliyala a'jabu (2x)

(ulang #*)
Ayalhu wa yal'abu mannafsahu
Tamuutu wa manziluhu yakhrubu
Nara kullamaa sa anaa da i maan
'Ala kulli ma sarranaa yughlibu (2x)

Analhu wa ayyamuna tadzhabu
(ulang #*)

Narallailu yazhlubunaa wannahaaru
Walam nadri ayyuhuma athlabu
Wa kullulahu muddatun taqdhi
Wa kullulahu atharun yaktubu(2x)

Analhu wa ayyamuna tadzhabu
(ulang #*)

Ayalhu wa yal'abu mannafsahu
Tamuutu wa manziluhu yakhrub